CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 29, 2009

MaAf BeBaNyAk!!

Assalamualaikum...
E-bah nak minta maaf sesangat pada
semua freinz sebab E-bah dah lama x
update blog yg comel ni(perasan)...
sama macam syazaSugar E-bah kena gi
ofis ayah dulu baru boleh update blog ni.

nak wat camna mana rumah E-bah bukannya ada
internet pon and ofis ayah pun x slalu pergi...
huhuhu...sedihnya!!sekali lagi e-bah nk memohon
ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut..haha
(cewahh!!mcm hari raya plak)Sebagai tanda kemaafan
e-bah nk berkongsi resepi ice cream yg amat
menyelerakan(w'pun e-bah x pernah cuba..hehehe)
To all SeLaMaT MeNcUbA!!

AiS KrIm GoReNg!!

Bahan-bahan ( 5 orang )
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya

Cara-cara
1.Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah

2.Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap.
Bungkus biar jadi bentuk bola.Simpan dalam freezer
sekurang-kurangnya 2 jam.

3.Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan ke dalam beg plastik.Ramas-ramaskan
conflakes biar hancur.

4.Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.
Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi.Goncang-
goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan
walnuts .Keluarkan aiskrim dari beg plastik.Simpan
semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.

5.Pukul telur dengan pemukul telur.Masukkan aiskrim ke
dalam telur.Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik
conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim
bersalut.Buat satu persatu sampai habis.Masukkan semula ke
dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan
(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.

6.Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat.
Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan
sirap coklat di atasnya.

7.** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas
atau 200 degree.

p/s:jika ada sebarang masalah sila tengok di http://www.myresipi.com/top/detail/500
sekian,wassalam!!

0 comments:

Post a Comment